''Kau dapat berapa?'
'Kau tunjuk kau punya dulu'
'Eh. Mana aci.Aku suruh tunjuk kau punya dulu'
Dia ketawa.
'Aci kat India la dey. Nak tengok bayar RM200 dulu. Kalau tak nak,tunjuk kau punya dulu'
'Hah. Ye lah. Nah!' Dia mencebik sambil menghulurkan slip keputusan nya.
'Yes!. Aku menang!' Dia ketawa lagi.
'8A siot. Kalah aku' tidak berkelip mata Raihan bila melihat slip keputusan Amil.
'Haa. Tengok kaki la. Bak sini kau nya slip pulak',Amil meminta.
Raihan menghulurkan slip nya sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.
Macam ada apa-apa je dia nie. Tetibe sengih tak tentu pasal. Dah macam budak-budak dapat gula pun ada gak.
Matanya meneliti slip keputusan sahabat nya itu. Matanya membesar. Macam tak percaya!
'Bapak ah. Kau dapat 9A. Mana aci macam nie. Bukan aku lagi pandai dari kau ke',sejurus Amil terus ketawa. Pandai dia berlakon. Mangkuk tingkat!.
'Haa. Baru kau tahu Raihan Hariri tu siapa. Dah lah handsome,kacak bergaya,harta pun ada,berbakat lagi,pandai dalam pelajaran',Raihan berbangga.
'Huh. Kacak macam ikan belacak. Setakat harta kau tu yang gitar lapuk kat rumah tu wat ape. Nak buat hantaran pun tak lepas kot,' Amil ketawa.
'Ceh!. Aku tau la kau jealous.' Raihan berkata.
'Tak da maknanya aku nak jealous dengan kau. Pirrahh!.' Amil menolak bahu kawannya.
Mereka ketawa.
*******************************
Mereka ketawa.
*******************************
Sampai sahaja di rumah,dia menunjukkan slip keputusannya kepada ibunya. Dia sendiri pun tidak menyangka akan mendapat keputusan sebagus itu. Ibunya juga terkejut. Dia tersengih-sengih. Lantas menuju ke biliknya. Dia mencampakkan begnya ke atas katil. Ah. Sedapnya berbaring. Dia melihat jam. Sudah hampir pukul 6 petang. Solat asar pun belum lagi nie. Lantas dia bangun dan menuju ke bilik air. Nasib baik dalam biliknya ada bilik air. Kalau tak,malas dia hendak menapak ke bawah. Kang silap-silap berebut pulak dengan adik aku tu kang. Berani berebut dengan aku?. Aku lipat-lipat kan je dia. Haha. Ha'ah. Lepas tu,aku pulak kena lipat dengan mak. Hisy. Bahaya. Dia menggeleng kepala. Selesai mandi dan mengambil wuduk,dia mengambil sejadah dan bentangkan mengikut arah kiblat. Dia bersedia.
'Allahu akbar'.
***************************
Dia terasa bahunya dilanggar. Siapa pulak mata letak kat lutut nie. Tak nampak ke aku yang tengah berjalan nie?.
'Sorry. Sorry,' Jelas di pendengarannya suara budak lelaki itu meminta maaf. Dah macam lagu super junior dah aku dengar cara dia mintak maaf. Sorry Sorry Sorry Sorry. Eh. Apa aku melalut nie. Dia tersengih sendiri.
'Awak dengar tak saya cakap maaf tadi? Awak okay ke tak nie?' Dia risau gak. Takan langgar bahu,otak dia pulak yang tereffect?. Haish.
Eh. Mamat nie cakap ape?.Tu la mengelamun lagi!. ' Saya dengar. Tak pe. Tak pe.' dia membalas. Apa yang tak pe. Sakit bahu aku nie kau langgar tau tak! Kurang-kurang bagilah duit nak pergi klinik. Mana tahu patah ke hape. Kurang duit hantaran aku! Tetapi didiamkan sahaja apa yang bermain di fikirannya. Takkan nak cakap betul-betul. Gila!
'Okay lah macam tu. Saya pergi dulu',lantas budak lelaki itu berlalu pergi.
Matanya hanya melihat budak lelaki itu berlalu jauh meniggalkan dirinya. Ah. Lantak la. Bukan jumpa lagi pun.
Dia berjalan menuju ke Secret Recipe. Ada teman yang menunggu di sana.
Dia bersandar di kerusi. Perlahan mencapai mug yang hampir habis airnya. Diateringat wajah budak perempuan yang dilanggarnya ketika dia kelam-kabut hendak berjumpa dengan Amil pagi tadi. Ye lah. Amil tu bukan betul. Kang aku lambat,dia bukak je langkah silat gayung pulut dia tu. Naya wei! ah. Bukan aku jumpa lagi pun dia. Baik aku sambung baca buku Principles Of Economics nie. Esok test!
Dia berjalan menuju ke Secret Recipe. Ada teman yang menunggu di sana.
Dia bersandar di kerusi. Perlahan mencapai mug yang hampir habis airnya. Diateringat wajah budak perempuan yang dilanggarnya ketika dia kelam-kabut hendak berjumpa dengan Amil pagi tadi. Ye lah. Amil tu bukan betul. Kang aku lambat,dia bukak je langkah silat gayung pulut dia tu. Naya wei! ah. Bukan aku jumpa lagi pun dia. Baik aku sambung baca buku Principles Of Economics nie. Esok test!


0 comments:
Post a Comment