Thursday, November 4, 2010

Dia

Dia merenung jauh ke luar tingkap. Macam perlahan je masa hari nie berlalu. Perlahan-lahan dia mencapai mug kopi nya yang dah sejuk.Meneguknya menuruni rengkung nya yang dah kehausan. 'Haah.' Dia mengeluh.
Dia merenung keychain di tangannya. Keychain yang berbentuk segi empat dan perkataan 'FRIENDS' terukir di atasnya dengan warna yang bercampur macam pelangi. Cantik. Hadiah hari jadinya yang dihadiahkan oleh kawan yang istimewa dalam hidupnya. Ya. Dia tiada untuk wish aku hari ni. Hatinya tiba-tiba sayu.

'Nah! Hadiah untuk kau. Happy birthday'. Si dia menghulur sesuatu.
'Eh. Apa nie?. Susah-susah je'. Raihan tersengih sambil mengambil hadiah itu.
'Lawa dow. Kau buat kat mana nie?', Raihan bertanya. Setahu nya,kawannya yang seorang nie bukan lah dari keluarga yang senang.
'Aku curi', Selamba si dia menjawab.
'Hah!', Raihan terkejut.
Si dia ketawa. 'Kau nie. Aku beli laa. Aku kan jujur orangnya. Aku kumpul duit la nak beli hadiah kau nie'.
Ceh! Sempat lagi puji diri sendiri. 'Fuh. Aku tau kau takkan buat macam tu.' Raihan memandang si dia.
'Aku nak kau jaga keychain nie baik-baik.' Si dia berkata dengan nada yang perlahan.
'Mestilah!' Raihan menjawab tetapi dalam hatinya pelik. Kenapa si dia cakap macam tu agaknya?
Persoalannya terjawab apabila si dia berpindah ke tempat yang lain selepas dua minggu si dia menghadiahkan keychain itu.
Ehsan! Kau tak nak wish birthday aku tahun nie ke?

Tok! Tok! Tok!

'Raihan!.Raihan! Turun. Ada kawan-kawan kamu kat luar nie' Maknya memanggil. Budak nie tidur ke ape.
Siapa plak nie. Kacau betul la. Aku baru nak masuk zaman memory lane jap. Mau pecah pintu bilik aku karang nie. Ketuk macam la tak de orang dalam bilik nie je.
'Ye mak. Han turun lah nie' Perlahan dia membuka pintu dan menuruni tangga.
Sebaik sahaja dia membuka pintu rumah,nah!. Apahal plak Faiz datang rumah aku malam-malam buta nie Mak aku plak macam sporting plak hari nie. Selalu dah buat spotcheck. 'Nak pergi mana nie?' bla,bla,bla.

'Weyh. Jom pergi taman jap.' Faiz buat muka serius katak.
'Haa. Okay. Tapi apahal plak kena pergi taman nie? Raihan hairan.
'Adalah. Cepat lah.' Faiz menggesa.
Sampai sahaja di taman,
'Tadaa!' Amil dengan beberapa orang kawan nya yang lain sedang pegang kek chocolate chip walnut yang bertulis,happy birthday Raihan.
Kek favourite aku tuh!. Dengan masih terperanjat ala-ala nyawa-nyawa kambing,dia menuju ke arah kawan-kawanya tu.
'Ok. Sedia. Sedia. 1,2,3!. Mula!.'
'Happy birthday to you. You are born in the zoo. Like a monkey and kangaroo. Happy birthday to you! Haa. Potong cepat' Sempat mereka mengenakan Raihan dengan lagu birthday yang di ubahsuai sesuka hati.
'Bila masa pulak mak aku bersalin dalam zoo. Tengok sikit aku nya sijil surat beranak. Kat hospital kay' Raihan marah-marah manja dengan kawan-kawannya sambil memotong first cut kek tu. Ada ke nyanyi aku lahir dalam zoo. Kot la nyanyi aku cepat kahwin ke cepat jadi kaya ke. Umur baru 17,dah fikir pasal kahwin. Raihan. Raihan. Dah melalut aku nie. Tapi hampeh nye member!. Raihan gembira. Diorang ingat birthday aku. Tapi mestilah diorang tahu since aku tahu mesti si Amil jadi informer tak berbayar diorang nie. Heh.
'Ala. Rilek la Raihan. Kitaorang ada hadiah lagi untuk kau lagi nie' Zaid tersengih-sengih sambil memandang ke arah Amil.
'Huh?. Hadiah lagi?. Diorang nak bagi aku hadiah apa plak. Takkan lah....' Belum sempat dia menghabiskan ayat dalam kepalanya, mendarat elok sepaket tepung yang sudah di bukak dekat seluruh badannya.
diorang nak baling tepung. Aku kena lari!!
Baru kepalanya dapat menghabiskan ayat.'Hampeh betul korang nie. Aku ingatkan dapat kereta mini cooper sebijik ke.'
'Banyak lah kau nye mini cooper. Ingat kami nie tauke balak ke.' Amil berkata sambil mengelakkan Raihan yang dah macam Aziz Sattar nye watak dalam seniman bujang lapok. 'Muka dah macam tepung gomak', bak kata P.Ramlee.
Aiseh. Balik nie mesti adik aku akan tergelak sambil menggulingkan diri kat lantai.
Mangkuk betul!.
Kalau lah kau ada sekali,tentu aku akan lebih gembira. Ehsan.

***********************************

3 comments:

amira^syafiqah said...

salam alaik.

tabik la kat kau.

keep up the good work.

Gud luck.

Have faith. :)

Aqif Fiqa said...

wassalam..
thanks!..
tapi tak bole challenge ko lagi..huhuhuh
ending story ko bile nak kuar?..
:P

amira^syafiqah said...

ko follow ke citer tu? seriously, aku dah ada idea macam mana endingnye. tapi aku maaaalaaaasss nak tulis. hehe.
insyaAllah, cuti sem ini aku habis kan bagi khatam. tunggu ye. :)