Monday, October 4, 2010

Lambat

kring!

Dia melajukan langkah.Satu-persatu tangga didaki.Peluh mula menitik di dahi.'Ah.Aku dah lambat'.Sayup-sayup terdengar suara cikgu Dahlan mengajar bahasa Melayu.Gasak la.Masuk je.Hatinya berfikir sendiri.'Rileks..fuh!',perlahan dia mengambil nafas dan melangkah masuk ke dalam kelas.Mintak-mintak la mood dia baik hari ni!.
'Sekolah di Uzbekistan bermula pada pukul 7.50 pagi',terdengar cikgu Dahlan meyindirnya.Hampir sahaja dia ketawa tapi dia menahannya.Dia hanya tersengih.
'Sorry cikgu.Basikal saya rosak',selamba dia menuturkan alasan itu dan terus menuju ke tempat duduk.

Dan selamat juga kena piat dengan cikgu.Pedih telinga aku.Nasib baik tak putus.Ingatkan mood dia macam baik boleh lah terlepas dari hikmat piat telinga yang terkenal kat sekolah tu.Fuhh.
Macam mana tah tetibe basikal RXZ(gelaran dia bagi sebelum dapat motor betul) aku tu boleh pancit pulak.Malang betul nasib aku.Dah lah siap kena kejar dengan anjing.Dan dia baru perasan,dia pakai stokin lain-lain warna.Pakej.Pakej.Dia menggeleng sendiri.Bala bertimpa-timpa.

Raihan!

Dia berpaling."Rehat yuk',Amil memanggil.
Perlahan dia berjalan ke arah Amil.
'Nak makan apa hari nie wei?'
'Mi sup?'
'Orait la tu.Air?'
'Air kosong sudah.Jimat'
'Haha.Cantik!.Jom!'

*******

P/s-hanya mahu mencuba menulis cerpen..harap2 baca la ek..huhu

0 comments: